~AKU, AKU dan AKU~ :)

Assalamualaikum :)


Jika aku dipenuhi dengan ketidaksempurnaan,
Maafkan aku.
Jika aku diselubungi dengan kecacatan
Ampunkan aku.
Aku rela.
Aku pasrah.
Hanya satu pintaku,
Jangan menghina.
Jangan mencaci.
Kerana aku adalah aku.
Yang punya hati, jiwa dan perasaan.
Aku juga gadis.
Yang dianggap lemah.
Kerana mudah jatuh, sakit dan terseksa.
Maafkan aku.
Jika aku dilahirkan dengan penuh kehinaan.
SEMEMANGNYA INI BUKAN PINTAKU. :(


p/s : Mengenalimu satu keindahan. Bergurau denganmu satu kebahagiaan. Menyakitimu akanku elakkan. 1 permintaanku, biarlah persahabatan kita berkekalan. Jangan melupakanku. Hanya itu pintaku.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.