~SAYA rindu AWAK~ :)

Assalamualaikum :)


Awak,
Orang kata cinta itu suci,
tetapi kenapa mesti ada yang terluka ? 
Orang bilang cinta itu buta, 
kerana itulah ia pergi tanpa mengira. 
Kadang-kadang, air hanya dilihat jernih dari permukaan,
keruh di dasar tiada siapa yang tahu. 
Begitu juga cinta. 
Perit di hati, hanya TUHAN yang tahu. 
Setabah mana pun aku, 
sekuat mana pun aku, 
aku masih punya hati yang pernah terluka. 
Jika di dunia ini punya tabib yang bisa menyembuhkan hati yang ditusuk sembilu cinta, 
pastilah aku orang pertama yang mendapatkannya. 
Jika di dunia ini punya pari-pari yang menganugerahkan cinta yang hakiki, 
pastilah aku orang yang pertama menghadapnya. 
Awak, bawalah hatiku terbang bersamamu hingga ke hujung dunia.
Kerana aku tidak lagi mahu digelar PERMAISURI KESEDIHAN.
Senyum tak bermakna hati yang senang.
Hujan tak bererti munculnya pelangi.
Cinta tak semestinya wujud kesetiaan.
Senyumlah awak,biarpun hatimu tercalar dek seribu duka.
Aku maniskan wajahku, walau cintaku hanya sia-sia.
Jangan ucap janji setia,
kalau tahu hanya memungkiri.
Jangan bilang sayang
kalau tahu hati meragui.
Jangan beri hatimu, 
kalau ia sudah dimiliki.
Jangan wujudkan ayat 'aku cinta padamu',
bila kau tidak pernah peduli.
Jangan bicarakn soal perasaan, 
pabila ia tidak benar-benar ada.
Jangan menyentuh hidupku,
jika niat hanya berjenaka.
Jangan menatap ke dalam mataku,
jika ia satu pembohongan.
Jangan membuat aku jatuh cinta,
sedangkan dirimu tidak bersedia menerima diriku, malah mencintai serta menyayangiku. 


p/s : I'm not supposed to love you, I'm not supposed to care. I'm not supposed to live my life wishing you were there. I'm not supposed to wonder where you are and what you do. I'm sorry, I can't help it, I'm so in love with you. :'(

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.