Andai Dia Tahu :')


Hai viewers :D
Andai dia tahu, dalam hati perempuan...
Ada naluri untuk disayangi.
Ada rasa untuk diberi perhatian.
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya.
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya.
Andai dia tahu...
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk.
Marah seorang perempuan perlu didekati.
Sedih seorang perempuan harus didengari.
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi.
Andai dia tahu...
Di sebalik seribu satu rasa itu, ada sekeping hati nan lembut.
Bukan untuk dimanjai.
Bukan juga untuk ditatang bagai minyak yang penuh.
Hanya perlu sedikit perhatian.
Agar rasa kasih itu terasa wujud walau di saat jauh.
Kerana andai dia tahu...
Hati ini sentiasa akan bertanya pada diri seorang perempuan.
Wujudkah cinta itu di hati lelaki bila di saat jauh tanpa perkhabaran ?
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang.
Bukan atas dasar siapakah dirinya sebelum ini.
Cintailah seseorang itu kerana hatinya.
Bukan kerana rupa parasnya semata-mata.

p/s : Girls are not toys. You can't pick them up and drop them whenever you want.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.