Warkah Buat Bakal Suamiku :)






Ke hadapan bakal suamiku yang tercinta *saya pun taktaw siapa dia, hihi*

Sebenarnya kan awak, saya sendiri tak tahu siapa awak, awak masih menjadi rahsia Allah. mana tahu, kita mungkin akan berjumpa dalam masa 7 or 8 tahun atau mungkin dalam masa 2 or 3 tahun lagi. who knows right ? but here, awak tetap kena baca jugak entry yang saya khaskan untuk awak, memang untuk awak, hanya sebab untuk sampaikan apa yang terhasrat di hati saya. jangan sebabkan saya tak famous dekat twitter, awak taknak terima saya. NO ! *geram* eh eh, mesti awak tertanya-tanya kan perempuan sesat mana masa saya suruh awak baca entry ni. awak perlu tahu, saya buat ni masa umur saya 17. HAHA *sekarang lerr* eh, perempuan sesat awak panggil saya? *acu M16* okay okay, jangan bebai, awak kan bakal suami saya? senyum sikit, sikit je, tu dah mcm kerang busuk gayanya, HAHA, em, dah dah merapu, tak larat bebel ni, just baca and paham apa yang saya nak okay ? here we go. :)

1) Sayangi Jam Anda *haha, mcm kempen pulak*
Dear my future husband, dalam banyak-banyak benda, jam la yang paling saya sayang taw. please, saya nak awak sayang jam awak jugak. kalau awak tak pakai jam, please belajar untuk pakai jam demi saya. boleh kan? *buat muka comel* and please, pakai jam tangan kiri. HAHA, even pakai jam tangan kanan boleh merangsang otak untuk berkembang, but, pakai jam tangan kiri nampak smart, serius ! *muka meyakinkan*

and one more, saya memang kalau keluar, takkan tinggal jam saya, saya harap awak pun mcm tu kay? saya harap sangat awak hargai masa awak sepertimana saya menghargai jam saya. eceh. haha, jam saya segalanya, tapi nanti kalau dah ada awak, insyaAllah, awak tak ternilai harganya. :) and, kalau satu hari nanti kita bersama, insyaAllah, saya belajar cara ikat tie cemana, haha, memang sekarang saya taktaw pun sebenarnya. -.- and masa tu, saya akan ingatkan awak pasal jam awak. yala kan, adat lahh, kalau saya lupa, awak ingatkan dan mcm tu jugak sebaliknya :)

2) Penampilan awak
Dear you, tolong jaga penampilan awak. ya saya tahu, saya sebagai isteri awak nanti kena sediakan makan minum awak, pakai awak semua, but please, tolong berdikari, haha, bukan saya taknak sediakan, but kalau... kalau la kan, saya takda nanti, outstation ke, haha, awak kena buat semua sendiri. baju kena kemas, iron taw, even t-shirt skalipun, jeans, lipat bebaik, kemeja, gantung bebaik, jangan serabut. your files, bag, please jaga. susun bebaik punya. okay? *gimme five alas sarung tangan sebab tak halal lagi, hihi*

3) Masak and kemas
Awak, ni memang kerja saya kan? but please, lepas awak jumpa saya nanti, saya nak awak sediakan pembantu boleh? tu pun kalau awak tak mampu nak tolong saya la kann? HAHA, tapi kan, membantu kan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim jugak. and, saya akan masak setiap hari untuk awak. tak kisah sesibuk mana pun saya, saya akan buat. tu tanggungjawab saya untuk awak. tapi kalau awak nak tolong, sebesar padang bola saya alukan. hihi, baru comel macam nickhun. eceh, HAHA. 

eh awak, kalau saya dalam pantang lepas bersalin, saya mohon, saya nak stay dengan mama. she knows what to do. apa jadi kat saya kalau awak pergi kerja and saya sensorang kat rumah? ya la, awak kan dapat cuti tujuh hari je? please. *buat muka comel* lepas 44 hari, saya balik rumah kita. 44 hari je. takda sampai 90 hari habis cuti kat rumah mama. boleh eh? hihi :) insyaAllah, saya akan cuba jadi isteri yang terbaik ! weekend memang kita akan duduk rumah kan? you have to help me. hujung minggu kita bergotong royong ! haha :D

4) I love you more than you love me
Awak, stay strong untuk terus baca warkah ni. tolong jangan buat muka macam donald duck yang mintak kaki tu. kan awak bakal jadi suami saya, saya nak awak paham betul-betul benda ni. ni penting ! saya nak nanti, setiap hari, setiap masa selepas kita dah jumpa, awak kiss lembut dahi saya sambil cakap SAYA CINTAKAN AWAK. sebab saya tahu, kita masing-masing akan sibuk dengan kerja kita. and mesti penat kan? so, ni pengikat kasih sayang kita, insyaAllah. simple kan apa yang saya mintak ni? as easy as abc right? hihi, mungkin bagi awak sekarang saya merapu meraban meroyan, but one day, if awak dah jumpa saya, kalau saya jodoh awak, saya larilah ke Paris sekalipun, ke dalam pelukan awak jugak saya berada. :) Allah dah tetapkan everything. kita tak boleh ubah :) tapi saya lebih sukakan saya cintakan awak berbanding iloveyou sebab saya nak memartabatkan bahasa melayu. haha, eh tak, sebab nampak lebih ikhlas and jujur.

and masa tu, saya sanggup cakap SAYA SUDI JADI YANG HALAL BUAT AWAK. mungkin awak cakap saya gila sebab tulis benda ni tengah-tengah malam kan, but jangan pelik kalau satu hari nanti lepas kita dah jumpa, awak taknak lepaskan tangan saya sebab saya terlalu berharga dalam hidup awak. eceh *merapu dah ke? kay, abaikan* FAKTA ni. haha

5) Saya baran.
Awak, ni satu lagi yang awak perlu tahu pasal saya. saya senang naik angin. even benda tu kecik mana pun. and saya nak awak sentiasa bersabar. please? kalau tak tahan, jangan sampai ceraikan saya. *menangis* saya nak kita settle benda secara baik. sebab saya tahu, dalam setiap perhubungan, sentiasa ada halangan, cubaan and ujian. dan saya sebagai perempuan milik awak suatu hari nanti, akan cuba berdikari dan takkan bergantung dengan awak sentiasa. insyaAllah. satu je saya minta, walau macam mana sekalipun marah saya, please don't go away from me. berdiri depan saya and tunggu sebab saya akan jatuh dalam dada bidang awak jugak. saya akan menangis kat situ. and do hug me. tenangkan saya. sampai saya betul-betul berhenti menangis.

tapi andai kata saya yang berlalu pergi dari awak, halanglah saya. tunjuk kemampuan awak sebagai suami saya nanti untuk menghalang saya dari menjauhi awak. saya akan pandang mata awak dalam-dalam untuk cari sinar cinta yang hakiki dari situ. bimbinglah saya menuju ke jalan syurga wahai bakal suamiku. boleh kan kalau awak jadi dada yang melindungi saya? bahu tempat saya menangis? tangan yang mengusap air mata saya? last but not least, saya kuat menangis. saya marah macam mana pun, i will end up with crying. stay strong. hihi. alright. move on.

to put it laconically *aisehwoman, essay ni, HAHA* alright, serius. dear my future husband, saya tahu nanti suatu hari kita bakal berjumpa. awak bawa separuh hati awak untuk dicantumkan bersama cinta saya :)tak kira lah kat mana kita berjumpa, saya harap sangat kita mulakan hidup kita dengan 3 kata yang terbit dari mulut awak. bukan I LOVE YOU but AKU TERIMA NIKAHNYA. ni lah 3 kata yang ditunggu oleh setiap perempuan untuk menjadi yang halal buat seseorang. 

saya nak kita harungi hidup kita dengan sabar, tabah dan segalanya akan baik. insyaAllah. semua orang nak happy. saya pun nak hidup yang happy. but mengharap right? there's no life without obstacles. :) saya nak awak baca and faham betul-betul warkah yang saya taip di alam maya ni. supaya nanti suatu hari bila kita dah jumpa, awak akan faham apa yang saya tak boleh nak luahkan. *muka malu-malu macam kucing comel* and awak, saya akan cuba jadi isteri yang terbaik. mummy yang superb untuk anak-anak kita. eh, anak-anak? haha, abaikan. anak tu anugerah Allah :) saya nak awak sentiasa senyum, sebab tu pun buat saya tersenyum. tak kira macam mana halangan dan ujian yang kita hadapi, hadapilah dengan tenang. and buatlah keputusan yang terbaik. 

lastly, *berapa kali lastly dah?* eh, haa, macam mana pun cabaran yang kita temui untuk berjumpa, kita mesti akan bertemu sebab Allah dah tetapkan segalanya macam apa yang saya cakap tadi. :) saya harap nanti kita akan berjumpa dan akan jatuh cinta. and for your information, saya peminat Khuntoria. make sure kita lagi sweet dari diorang. hihi

Saya akhiri warkah ni dengan wassalam.

salam sayang dan cinta,
Bakal isteri awak yang comel.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.